Thursday, May 17, 2012

Syukur yang tak terhingga...

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah ya Allah…berkali2 kuucapkan syukur kerana hari ini aku telah dapat keluar dari lorong gelap it. Selama 3 minggu dari meeting terakhir dgn SV, kerjaku langsung tak bergerak, kemarahan SV membuak2, hatiku gundah gulana tak terbayangkan..akhirnya hari ini aku rasa sungguh tenang dan bahagia, dan kerja berjalan lancer dgn agak produktif (wp jumlah mukasurat tidak bertamabah2- Chap 4 –Technology Institutionalisation). Aku tercari2 sebabnya bagaimana perubahan besar ini boleh berlaku pada hari ini…biasanya perasaanku kelat, jiwaku hitam pekat, tapi hari ni perasaan terasa manis2 buah dan jiwa rasa putih cerah dan tenang… Wp tak kutahu apakah tahap kemarahan SV masih berapi ke tidak. Tapi biar apa pun yg dia nak marahkan, aku dah tenang, aku dah ada pendiria, aku boleh mohon maaf atas kestuckan aku tu, dgn jatuh sakit demam aku dan keluargaku, dan aku akan mulakan bekerja secara produktif mulai hari ini. Ini janji ku-janji pada diri sendiri- diri yang dah sedar dan dah merasa betapa sakitnya dlm penjara ‘stuck’, penjara kemarahan SV, penjara tak de mood, penjara malas. Aku akan berubah mencadi pelajar yg bertanggungjawab dan yang Berjaya cemerlang.  Aku akan focus menulis LR sekarang,( masih ada  seminggu lebih kepada due date Chap 4). Kemuadian aku akan mulakan revisit case study, kemudian data analysis, kemudian research method dan kemudian intro dan conclusion. Wp masa sgt sempit, aku yakin sepenuhnya aku akan sempat menulis semua chapter dalam waktunya, sebelum  Dec 2012.  Wp LR aku tak mantap, along the way bersama chapter lain, akan ku curi masa juga utk mantapkan LR lagi.  Dan above all, aku sangat yakin bahawa Allah bersamaku, memberi pertolongan dari langit.
Tadi aku tiba terfikir kenapa begitu drastic perubahan yang aku rasa, setelah diteliti, baru aku teringat, mungkin amalanku yg membantu. Semalam, aku bangun sahur dan qiam-solat2 sunat 3 serangkai, dan membaca ayat2 suci sementara tunggu masuk waktu subuh. Aku sembahyang subuh awal., dan minggu ni sepanjang minggu aku berpuasa. Malu rasanya… sudah lama aku tak bangun qiam sebegini….dan sembahyangku terasakan sangat rendah kualitinya. Semalam ketika qiam, aku bersungguh dan detail memohon doa, apa yg aku hendak tuhan jadikan utk aku…baru teringat , apa yg aku alami ini, terkandung dalam doa2ku semalam… Sungguh terharu, begitu cepat Allah mengabulkan doa hambaNya yang penuh noda dan dosa ini…Sungguh terasa benar kata2 hikamah “ Selangkah hamba mendekati Tuhannya, seribu langkah Dia menhampiri kita, Kita pergi mendapatkannya dgn berjalan, Dia dating dapatkan kita dengan berlari’. Terima kasih Ya Allah…kerana telah menyinari ku dgn cahayaMu pada hari ini…cahaya yang kutungu2….Tolonglah sentiasa sinar hidupmu ini sehingga nafas terakhirku… Aku mahu erus dekat denganMu…Aku berazam akan meneruskan Qiam dan bacaan Quran sblm subuh…sungguh indah nikmat ini, Y a Allah, yang tak dapat dilihat oleh mata kasar.

List kerja kena buat as of now:

Journal AMCIS affiliation
Journal ICEB affiliation
Journal RMJ