Monday, April 26, 2021

I love u Abang Syakirin

#diarisyukurwsws


Syukur Ya Allah, akhirnya petang semalam, 13 Ramadhan @25 April 2021, terima panggilan telefon dari anakanda tercinta Syakirin, mengeksperikan dirinya, berterima kasih dan menyatakan kesedaran tentang dirinya yang istimewa. 
Panggilan yang agak panjang, berbanding sifat biasa dia yang tak suka bercakap panjang lebar. Antara gists:


1. Terima kasih kepada Umi abah yang menjaga abang sejak kecil sehingga sekarang, walaupun abang tidak menjadi anak yang baik. You both are the best parents. Even if I were given the choice to choose my parents, I would still choose you both as my parents.
2. Terima kasih usaha bawa abang jumpa pakar cari solution, jumpa Puan Azlina. Sedikit sebanyak buatkan abang faham tentang condition diri abang. Mulanya mmg abang tak suka sbb tak nampak akan bawa apa2 kesan, tapi bila fikir semula sekarang, ia membantu abang mengenali diri. Faham kenapa abang fikir berbeza dari org lain. Cara abang berfikir tak sama dgn kawan2 dan orang lain. Abang fikir apa yang mereka tak fikir, abang tak terfikir apa yang mereka fikir. 
3. Abang tak kesal abang ada condition istimewa ni, malah abang rasa satu kelebihan. Sebab autism abang very mild (tp asperger mmg masih dalam spectrum autism), dan asperger abang pun mild sahaja, abang masih boleh faham cara orang biasa berfikir, abang masih boleh bersosial dengan orang biasa tanpa masalah. Abang main bola etc just like others. Cuma cara abang fikir berbeza. Abang juga faham cara org asperger/autism berfikir. So kelebihan untuk abang bila abang dapat faham both worlds – cara pemikiran mereka.
4. Abang ada tengok youtube by autistic (asperger?) persons, yang mereka happy with their condidtion. They do wonderful stuff and succeed. 
5. Abang tak tahu kenapa abang selalu jadi center of attraction (in a positive way), eg few days ago dalam kelas mass practical lecture on physiotherapy..dr (lect) minta sorang jadi model. Kawan2 semua sepakat decide abang..so abang pun jadi model, baring, kena buka baju…kelakar, tp ok la. It gives opportunity, lect kenal abang juga. Sama macam masuk hari mendaftar Usim, gambar abang dinaikkan dlm ig USIM. Sampai sekarang kalau ujmpa org baru kenal, diorg tya, awak yg kat dalam ig tu kan. Abang jadi org kenal.
6. ..abang terfikir abang maybe gagal memenuhi harapan umi abang untuk jadi anak sulung, ada kepimpinan lebih, abang rasa biarlah kak Ngah yg jadi anak sulung, biar k Ngah and Yayang yang lead. Abang cuba, tapia bang tak mampu/boleh.
7. To be continued

>>>>>>>
Respond Umi pd abang during call:
Abang hebat dan istimewa tak macam org biasa2. Sejarah dah buktikan kebanyakan ciptaan2 hebat dunia spt lampu, computer, Microsoft, yang memberi impak kepada seluruh dunia, kepada perubahan hidup manusia sejagat, dicipta oleh orang2 asperger. Abang ada kelebihan dan berpotensi ke tahap seperti itu. Banyak masalah dalam dunia sekarang, menanti ciptaan2 hebat dari orang2 hebat2. You can do it
>>>>>
My reflection as the mother:
Subhanallah, Walhamdulillah, wala ilaha illallah Wallahu akbar. Tanpa disangka, panggilan ini memberi seribu erti, seribu kebahagiaan bila menyedari anakku yang amat dicintai, secara sukarela membuat pengakuan/confession sebegini. Yang memberi erti, dia telah memecah tembok yang besar selama ini. Tembok negative, tembok low self esteem dan tembok keterbukaan ekspresi diri. Dia pada kebiasaannya sangat perahsia, susah meluahkan dan akhir2ini di zaman PKP yang membuatnya terkurung dalam bilik kecil, hanya mengekspresi kemarahan, kesedihan, ketiadaan motivasi, mahu give up, tidak yakin diri etc. Mungkin ini yang dimaksudkan Puan Azlina, pisahkan dia dari keadaan di rumah, agar dia dapat contemplate, heal dengan baik. Saat dan keadaan ini yang telah lama aku harapkan , yang semasa PKP kelihatan makin meruncing dan merosot, seolah tiada harapan, kini aku nampak sinar. Kalau sebelum ini dia tak mahu langsung sebut kebaikan or even nama atau hal abahnya, kalua adapun semuanya bersifat blaming dan doa2 buruk, tapi hari ini dia boleh dengan selamba mengakui jasa abah membesarkan dia. 
Alhamdulillah terima kasih segalanya Ya Allah, tak sia2, doa dan pengharapan hambaMu ini. Rupanya masih ada cahaya di hujung terowong gelap ini.

No comments:

Post a Comment